Tolong Click Ye... :)

Jumaat, 17 Jun 2011

Perodua Myvi baru dilancar:Dijamin kekal popular



Perodua semalam telah melancarkan Myvi baru generasi kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.Baru sahaja dilancarkan,Perodua telah menerima 10,000 tempahan model tersebut.

Myvi yang mula diperkenalkan pada 2005,menjadi model kereta nasional terlaris di Malaysia.Ia kemudiannya telah dinaik taraf pada Ogos 2008.Pengeluaran Myvi generasi pertama telahpun dihentikan sejak April lalu bagi memberi laluan kepada model baru ini.

Model tersebut didatangkan dengan varian 1.3 liter Standard,Premium dan Elegance dan dijual pada tanda harga RM43,900 hingga RM57,400 serta dengan enam pilihan warna: Mistik Purple (ungu),Medallion Grey (kelabu),Ebony Black (hitam),Glittering Silver (perak),Ivory White (putih),dan Pearl White (putih mutiara).


Kesemua varian didatangkan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.Ia menggunakan 85% komponen tempatan berbanding 80% bagi Myvi sebelum ini.Varian Standard mempunyai radio dan pemain CD dengan sistem audio 4-speaker,Premium juga sama tetapi ia mempunyai sambungan USB dan Bluetooth.Varian Elegance pula menggabungkan semua ciri tersebut serta mempunyai skrin LCD berwarna dengan sistem navigasi dan DVD.

  
Rekaan lekuk yang digunakan pada Myvi baru ini telah meningkatkan ciri aerodinamiknya serta memaksimumkan penjimatan minyak dan mengurangkan lekukan.Myvi baru bertransmisi manual mempunyai jarak perjalanan lebih jauh iaitu 17.5km bagi seliter petrol berbanding Myvi terdahulu 17km seliter manakala Myvi baru bertransmisi automatik mampu bergerak sehingga 14.6km bagi seliter petrol berbanding 13.5km pada Myvi terdahulu.

Rupa hadapan Myvi terbaru adalah jauh lebih segar dan bergaya berbanding model generasi pertama.Beratnya pula ialah 950 hingga 985 kg,bergantung kepada varian yang ada.

 

Myvi terbaru ini merupakan model Perodua pertama yang menggunakan sistem stering kuasa elektrik (EPS),yang mengurangkan tekanan terhadap pam stering kuasa dan hidraulik serta ia juga memberikan tindakbalas yang cepat serta mengurangkan bebanan pada enjin.


Varian Standard menggunakan rim aloi 14-inci dengan penutup,manakala varian Premium dan Elegance pula menggunakan rim sport enam jejari 14-inci.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan